Lembah Seks -Malaysia Boleh-

KUALA LUMPUR: Mengaibkan! Begitulah tindakan seorang pengendali laman web tidak bermoral, tergamak memanipulasikan gadis bertudung termasuk aksi seks seorang guru wanita dan pasangan dipercayai sebagai ‘pelaris’ untuk ‘memancing’ pengguna internet tempatan.

Pengendali laman web itu memaparkan gambar adegan seks berkenaan menerusi laman webnya yang mencalar imej gadis atau perempuan Melayu beragama Islam, malah lebih kronik lagi, dia mengaitkan ‘kebodohan’ gadis Melayu dan ‘kelemahan’ lelaki Melayu gagal membela nasib wanita Melayu itu.

Persoalannya, pengendali laman web itu seperti terlepas pandangan pihak berkuasa sungguhpun dengan jelas menjaja bahan lucah dan menjijikkan membabitkan wanita Melayu kepada pelayar web secara percuma.

Justeru, tidak hairan laman web itu mendapat sambutan luar biasa pengguna internet yang ‘gila seks’ sekali gus membolehkan ia sentiasa tersenarai dalam 10 daripada 15 laman web terbaik dan mendapat akses tertinggi di kalangan pengguna internet.

Lebih membimbangkan, pengendali laman web itu turut memberi restu kepada kanak-kanak bawah umur untuk melayari laman web berkenaan dengan mendakwa pemaparan adegan seks dan gambar bogel gadis Melayu itu semata-mata untuk memberi pengajaran.

“Web blog ini dibina bukan untuk memalukan kaum Melayu. Web ini untuk memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja. Dibuka kepada semua lapisan umur. Sebarang kerosakan ke atas komputer anda kami tidak bertanggung jawab,” katanya.

Pemerhatian Harian Metro mendapati pengunjung begitu mudah mengaksesnya dan pelbagai gambar lucah membabitkan adegan seks berahi gadis Melayu bersama pasangan disajikan ketika pertama kali mengunjunginya, tanpa sekatan.

Antara kolum yang mendapat perhatian termasuk,‘Banci Seks, Seks Sebelum Kahwin Terjadi Sebab ??, Ghairah Sangat, Wajib Dilakukan, Ingin Cuba, Tak Tahu Malu, Boleh Dilakukan, Takut Pasangan Curang, Sebagai Tanda Cinta, Saja Gatal dan Halal.

Laman web bertajuk ‘Lembah Seks-Malaysia Boleh-Melayu Boleh’ itu memaklumkan paparan gambar aksi seks membabitkan pasangan kekasih adalah dianggap sebagai rujukan dan pengajaran kepada pelayar internet termasuk himpunan video klip lucah sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini.

Pemerhatian juga menunjukkan laman web itu seperti menghina Islam dan penganutnya apabila mencampur adukkan paparan waktu solat yang diletakkan bersebelahan gambar bogel gadis Melayu dalam pelbagai aksi.

Namun, pengendali web itu seperti ‘membaling batu sembunyi tangan’ apabila berselindung di sebalik identiti palsu, biarpun mendakwa pembela gadis Melayu.

Pengendali laman web itu memaparkan dirinya sebagai wanita terbabit secara langsung dalam industri komunikasi dan media di luar negara iaitu di Bouvet Island di Lautan Atlantik Selatan.

Pemerhatian juga mendapati sambutan begitu menggalakkan disebabkan pengendali web ini memperbaharui ‘isi kandungan’ setiap hari.

Setiap gambar atau video disertakan dengan komen lucah dan merapu bertujuan ‘memancing’ pelayar internet melayarinya.

Laman web ini juga dibina dengan perancangan rapi serta memasukkan bancian pengunjung laman web itu yang menerima undian tidak kurang 2,000 setiap hari.


Komen aku :

harian Metro memang kaki sex. ada saja jumpa laman lucah tempatan. kalau betul metro mahu mengambil tindakan mudah saja. bukan menyiarkan cerita sensasi untuk melariskan jualan harian metro.

Mustahil wartawang metro tak nampak benda ini
Notify Blogger about objectionable content on this page.
You flagged this blog as having objectionable content.

Ini dia laman web tak bermoral tu.
http://perempuanmelayubodoh.blogspot.com/

semua ini memberz harian metro jugak. Siapa yang mempromosi babyrina, sex suraya, jibraun ifrit, melayuboleh, man motor semualah kalau bukan metro ???

7 thoughts on “Lembah Seks -Malaysia Boleh-

  1. Jangan salahkan 100% KAT blager tu budak mlayu tu jugak yang salah TAPI APA PON METRO MEMANG CiBBAI

  2. Kepada Sesiapa yang BerZina,nantikan AZAB ALLAH yang akan ditimpakan kepada kalian!!! Jangan ingat Mati itu datang lambat!! Sesiapa boleh Mati awal tidak kira Tua atau Muda!! Mungkin 10 tahun lagi,mungkin esok atau mungkin selepas anda membaca coretan ini!!! Virus yang dasyat akan diperolehi ketika anda berzina,virus tersebut yang tidak pernah dikaji jenisnya dan ubatnya,tidak ada ubat yang canggih boleh menghapuskan virus tersebut!!! Adakah anda ingin ketahui penawarnya? Penawarnya ada didalam AL-QURAN iaitu apa yang ALLAH perintahkan laksana hukuman kepada si PenZIna… Hukuman Sebat dan Rejam itulah penawarnya,sekiranya tidak percaya,cuba buka hasil kajian Para Saintis ISLAM…Sekiranya anda tidak percaya lagi,Anda memang mahu dilaknat ALLAH seperti Didalam AL-QURAN Surah At-Taubah: “Apakah anda ingin mendustakan Ayat-ayat ALLAH?” Sebarang perkara berbangkit,hubungi no 0132733354

Komentar ditutup.