Kartun lucah Jepun cuma RM12 saja

Kartun lucah Jepun RM12

Oleh Mohd Sabran Md Sani dan Siti Fatimah Hassan

KUALA LUMPUR: Laris macam pisang goreng panas. Cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak animasi lucah versi Jepun atau dipanggil ‘hentai’ mudah dibeli orang ramai di sini.

Dengan hanya bermodalkan RM12, sesiapa saja termasuk kanak-kanak mampu membeli sekeping DVD/VCD animasi lucah itu yang dijual secara berleluasa di sekitar ibu kota, termasuk di pasar malam.

Difahamkan, cerita dan watak dalam animasi itu berdasarkan komik lucah dari negara matahari terbit itu.

Bukan setakat itu, sindiket pengedaran barangan terbabit turut menjadikan label hologram yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai ‘pasport’ untuk mengelak dagangan mereka dirampas.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada label itu tulen atau dipalsukan sindiket itu.

Tinjauan Harian Metro di sebuah pusat beli-belah berhampiran Jalan Petaling di sini, mendapati DVD/VCD berkenaan dijual secara terbuka tanpa bimbang dengan kehadiran pihak berkuasa.

Bukan satu atau dua tajuk, malah pelbagai tajuk siri komik popular di Jepun yang memberahikan dan merangsang sesiapa saja.

Bahan lucah itu dipamerkan di rak utama yang disusun mengikut tajuk, manakala individu yang berminat mendapatkannya diminta menunjukkan kotak DVD atau VCD yang dimaksudkan.

Untuk memastikan kegiatan itu `selamat’, mereka dikesan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap penjuru premis dan lebih berhati-hati dengan kehadiran pengunjung, terutama orang Melayu.

Malah, wartawan Harian Metro terpaksa menyamar sebagai pembeli dengan berpura-pura menunjukkan minat untuk membeli DVD/VCD terbabit kerana bimbang siasatan dilakukan dapat dikesan pemiliknya.

Siasatan mendapati mulanya kedai berkenaan sudah lama beroperasi tetapi sekadar menjual komik popular Jepun dan siri komik ‘manga’ di tingkat bawah bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, selepas bangunan itu diubah suai dan dirasmikan, Mac lalu, kedai itu dipindah ke tingkat tiga sebelum pemiliknya mengubah perniagaan.

Ada lebih tiga kedai video menjual DVD/VCD itu yang beroperasi di bangunan berkenaan, termasuk sebuah kedai menjual perisian komputer.

Untuk mengetahui sama ada kandungan DVD/VCD berkenaan lucah atau sindiket itu sengaja mahu meraih pendapatan lumayan dengan menipu pembeli, wartawan Harian Metro cuba menyelongkar isi kandungannya.

Sah! Ternyata apa yang dipaparkan tidak sekadar gimik untuk meraih keuntungan cepat.

Ini terbukti kerana dari awal siri hingga penamat cerita, hampir 70 peratus watak animasi dipenuhi adegan seks memberahikan dan tidak sesuai ditonton kanak-kanak yang meminati siri sedemikian.
Sementara itu, apa yang menimbulkan keraguan di kalangan orang ramai adalah bagaimana DVD/VCD berkenaan dijual secara berleluasa sedangkan KPDNHEP sering membuat operasi terhadap sebarang barangan tiruan dan lucah di seluruh negara.

KPDHNEP juga perlu menyiasat mengenai penggunaan label hologram pada barangan lucah terbabit.

http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Monday/BeritaUtama/20070326095042/Article/index_html

About these ads

2 thoughts on “Kartun lucah Jepun cuma RM12 saja

  1. begitu panaurama yang kian membiak dalam jiwa mereka.kartun juga lah yang menjadi selera mereka padahal ia hanya sekeping kertas yang ada pelbagai garisan.apakah mereka sudah hilang rasa malu serta tidak mengingati hari kemudiannya.aku hanya mampu berkata tetapi buat mereka tepuk dada tanyalah selera.

Komentar ditutup.