Derita tentera

http://www.hmetro.com.my/Sunday/Setempat/20080824090501/Article/print_html

pak najib menteri pertahanan sedang sebok berperang di permata ng pauh. tDerita tentera
Oleh IBRAHIM ISA
ibrahim@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Kerana menandatangani satu borang kosong ketika menjalani hukuman di bilik gelap, seorang bekas tentera yang pernah mengharumkan nama negara menerusi Misi Pengaman Malbat II di Bosnia-Herzegovina kini dalam kesusahan apabila diberhentikan daripada perkhidmatan hanya selepas tiga hari diberitahu dirinya lumpuh separuh badan.

Berikutan itu, Nor Zainon Ismail, 37, yang berkhidmat bersama Malbat II dari September 1994 hingga Mac 1995 itu kini bukan saja tidak dibayar gaji anggota tentera, malah bantuan sara hidup menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditamatkan dengan alasan dia diberhentikan kerja atas sebab tatatertib.

Kini, suami dan bapa seorang anak itu hanya bergantung hidup menerusi bantuan sekolah anaknya, Noor Amirul Ridzuan, 13, yang diberi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan sara hidup dari Majlis Agama Islam Johor (Maij) menerusi Baitumal, manakala isterinya Hazlini A Hamid, 37, hanya mengambil upah menjaga dua anak jiran.

Nor Zainon ketika ditemui di rumah sewanya di Felda Lok Heng, Kota Tinggi, dekat sini, berkata dia kini merayu mana-mana pihak supaya mendapatkan keadilan kepadanya kerana dirinya dianiaya hingga diberhentikan kerja kerana tuduhan tidak berasas.

[Ad]

Katanya, masalah itu bermula apabila dia bersama tiga rakan lain menjalankan operasi menahan dua pendatang tanpa izin di sekitar kawasan Pengerang pada 1997.[Ad]

Menurutnya, beberapa hari selepas diserahkan kepada pihak atasan, dua pendatang itu membuat laporan polis bahawa mereka diperas ugut menggunakan senjata.

“Berikutan laporan itu kami berempat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pengerang dan pada masa sama, kami turut diadili Mahkamah Tentera.

“Mahkamah Tentera mendakwa kami menjalankan tugas di luar kawasan dan kami dijatuhi hukuman ke bilik gelap selama 70 hari, namun dikurangkan kepada 54 hari,” katanya.

Menurutnya, ketika di dalam bilik gelap dia diberi beberapa borang kosong namun tanpa membaca borang itu, dia menandatanganinya kerana tertekan.

Katanya, dua bulan selepas selesai menjalani hukuman dia diberhentikan dan diberikan cuti sementara menunggu surat rasmi, menyebabkan dia pulang ke Alor Star sebelum terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Berikutan kemalangan itu saya terlantar di hospital selama 29 hari dan pada hari ketiga di hospital doktor memberitahu keluarga, saya lumpuh setengah badan sebelum berita itu disampaikan kepada saya,” katanya.