Dua bungkus nasi RM25.70

Dua bungkus nasi RM25.70

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga gerai makanan yang gagal mempamerkan tanda harga, didakwa bersikap tamak apabila sanggup menjual dua bungkus nasi campur dengan harga RM25.70 di Pekan Nenas, Pontian, di sini, semalam.

Lebih mengecewakan, peniaga itu menggunakan alasan kenaikan harga barang dapur selain kos tanggungan sewa premis yang tinggi menyebabkan ia terpaksa menjual makanan dengan harga mahal.

Seorang pekerja swasta, Ramli Jamal, 30, berkata dia dan rakannya terkilan dengan tindakan peniaga gerai makanan berkenaan mengaut keuntungan lebih dengan mengenakan harga tinggi bagi nasi bungkus yang dibelinya, semalam.

“Saya dan rakan dalam perjalanan dari Simpang Renggam dan singgah di gerai berhampiran tempat letak kereta sebuah masjid di Pekan Nenas untuk membeli dua bungkus nasi campur sebagai makanan tengah hari kami.
Teruskan membaca

Advertisements

RM46.49 = 6 bulan penjara

Dijel curi susu tepung

KUALA LUMPUR: Akibat mencuri susu tepung menguatkan tulang untuk diberikan kepada ibunya, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Mohamad Zul Nasir Mohamad Sharif, 38, mengaku salah atas dakwaan mencuri susu tepung untuk diberikan kepada ibunya yang tua.

Selain susu tepung, tertuduh didapati mencuri coklat dan setin minuman yang bernilai RM46.49 di Pasaraya Uda Ocean, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada jam 5.20 petang, 13 Julai tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Zul Husni gagal menunjukkan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ketika pemeriksaan polis dan dia didakwa mengikut Seksyen 25(1)(n) Akta Pendaftaran Negara 1990, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM20,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Shamsul Akma Basiron meminta tertuduh dikenakan hukuman berat kerana mempunyai tujuh kesalahan lampau.

Menurutnya, Mohamad Zul Husni terbabit dengan kes curi dalam bangunan dan memiliki heroin antara 1991 hingga 2004.

Mengikut fakta kes, seorang detektif pusat beli-belah Uda Ocean Jalan Tuanku Abdul Rahman, melihat tertuduh mengambil barang dan memasukkan ke dalam beg hitam.

Curiga dengan kelakuan tertuduh, pengadu mengekori tertuduh hingga ke luar premis itu sebelum menahannya kerana gagal membuat pembayaran.

Berikutan itu, tertuduh di bawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan berhubung kes berkenaan.

Majistret Tasnim Abu Bakar memerintah tertuduh dihukum penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama dan tiga bulan untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun, tertuduh dihukum penjara enam bulan kerana kedua pertuduhan itu berjalan serentak bermula semalam.

komen – kalau kawan kita ni pergi bilik gerakan be en senang saja dapat rm100.

Awas pengemar belacan

Pewarna pakaian bancuh belacan
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my

MELAKA: Sebuah kilang memproses belacan terkenal di negeri ini dipercayai menggunakan pewarna yang hanya digunakan untuk mewarna pakaian supaya belacan dan cencaluk keluaran syarikatnya kelihatan menarik.

Tindakan kilang di Batu Berendam itu menggunakan pewarna pakaian terbongkar selepas diserbu Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), semalam.

Mulanya, serbuan itu hanya membabitkan penggunaan logo halal secara haram.

Bagaimanapun, selepas disiasat pada satu bahagian dalam kilang itu, pihak berkuasa menemui tempat mengadun bahan membuat belacan yang mempunyai campuran bersama kiub berwarna merah jambu.

Pemeriksaan lanjut mendapati kiub itu tertera perkataan ‘bahan pewarna bukan untuk mewarnakan makanan’ serta terdapat beberapa kotak besar berisi ratusan pewarna dalam kiub bersaiz 8 x 6 sentimeter bersebelahan dengan tempat mengadun belacan itu.

Hasil penemuan mengejutkan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dihubungi bagi menjalankan siasatan.

Wakil Jabatan Kesihatan yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas mengenai penemuan pewarna berkenaan.

Pegawai serta anggota jabatan terbabit dilihat mengambil beberapa sampel daripada belacan dan cencaluk keluaran syarikat berkenaan untuk dianalisis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaim, Shafiee Abd Wahab, berkata pemeriksaan terhadap lebih enam sampel produk yang dikeluarkan syarikat terbabit didapati menggunakan logo halal Jakim secara haram.

Katanya, antara bahan makanan yang dirampas ialah pelbagai jenis belacan, cencaluk, sotong jeruk dan dodol durian.

“Sejumlah 500 jenis sampel yang bernilai lebih RM1,000 dirampas KPDNHEP untuk siasatan lanjut.

“Mengikut rekod syarikat terbabit tidak pernah memohon untuk mendapatkan sijil halal Jakim atau Jaim,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Operasi bersepadu itu bermula kira-kira jam 12 tengah hari disertai 15 pegawai serta anggota daripada agensi kerajaan terbabit.

Difahamkan, premis berkenaan pernah diserbu pada awal tahun lalu kerana kesalahan sama menggunakan logo halal secara haram.

Shafiee berkata, kes itu diserahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 18 (1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana menggunakan logo halal secara haram.

“Sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya

Dalam pada itu, tinjauan Harian Metro yang menyertai serbuan itu mendapati bahan mentah untuk membuat belacan dan cencaluk diadun di atas lantai sebelum mesin digunakan.

Bahan mentah belacan dan cencalok itu disimpan dalam guni yang dimasukkan di peti ais besar bersama ayam serta bahan lain yang meragukan.

http://www.hmetro.com.my/Wednesday/Setempat/20080130090937/Article/index_html

Ayam ‘kimia’ undang kanser

Ayam ‘kimia’ undang kanser
Oleh Mohd Amin Jalil

SEREMBAN: Terdapat segelintir penternak ayam di negeri ini dipercayai menggunakan sejenis bahan kimia yang diharamkan kepada haiwan ternakan khususnya ayam dan lembu bagi tujuan pembesaran dalam tempoh singkat sebelum dijual.

Bahan kimia yang dikenali sebagai ‘beta agonis’ itu diharamkan Kementerian Kesihatan kerana memberi kesan buruk kepada kesihatan termasuk penyakit barah.

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai membawa bahan itu secara haram ke negara ini melalui sindiket atau individu tertentu bagi mendapatkan keuntungan.

Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata berdasarkan maklumat diterima, kebiasaannya bahan kimia berkenaan digunakan individu yang menternak babi untuk mempercepatkan pembesaran dan menambah jumlah berat secara luar biasa.

Beliau berkata, dengan bahan itu, penternak dapat menjual babi dalam tempoh singkat manakala timbangan bagi setiap babi melebihi daripada paras biasa sekali gus memberi pulangan lumayan.

[Ad]

“Kini kami mendapati bahan berkenaan digunakan segelintir individu yang menternak ayam bagi membolehkan ternakannya itu cepat membesar sebelum dijual di pasaran.

“Kami bimbang jika tindakan itu benar dilakukan sudah pasti akan memberi kesan tidak baik kepada pengguna kerana bahan kimia berkenaan boleh menyebabkan penyakit kanser dan kronik lain,” katanya, di sini, semalam.

Khairuddin berkata, pihaknya menerima aduan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada seorang pengguna baru-baru ini yang meragui aktiviti beberapa penternak ayam kerana dipercayai mereka menggunakan bahan terbabit.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan butiran lanjut SMS berkenaan kerana perkara itu sudah diberitahu kepada jawatankuasa mengenai kesihatan peringkat negeri yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Yu Chok Tow.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan diminta memantau keadaan itu bagi memastikan penternak ayam di negeri ini tidak menggunakan bahan kimia berkenaan kepada ternakan mereka.

“Kami bimbang penternak menggunakan bahan kimia itu pada ayam ternakan mereka untuk meraih keuntungan tanpa memikirkan kepentingan pengguna.

“Kami berharap jabatan dan agensi penguatkuasaan berkaitan dapat membuat pemantauan dan memastikan bahan kimia itu tidak dibawa masuk ke negeri ini serta dalam masa sama tiada penternak menggunakannya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Setempat/74962/Article/index_html

Milo Ais RM1.80 ?

So what ?

Biarlah nak letak harga milo ais rm5.00 segelas pun apa peduli.

Sejak bila milo ais, roti canai, nasi lemak, mee goreng, goreng pisang .. jadi barang kawalan ?

Madu Tualang

Review : Madu tualang ‘Asli’

keluaran : ???
diedarkan oleh : IT House tel 03-7846 5745 012-6367176/311450

Depan ada tulis “al-syifa’
harga rm18
isi 350g

komen : madu ini punyalah pekat. tak boleh tuang. kena korek pakai pisau / apa benda yg sesuai.

nak kata madu bukan madu mana ada pekat sangat ? berapa banyak aku beli madu tak pernah jumpa fesen ini. ada kawan aku beli madu tualang rm50 sebotol kecik. katanya masuk freezer satu malam tak beku ! itu baru asli. ini tak masuk freezer sudah beku. macam air batu saja.

ada satu lagi jenis madu tualang jugak. botol macam botol kicap. tajam keatas. keluaran skudai jb. rm18 satu botol kecik. Punyalah cair macam kicap cair.

moral : berhati-hatilah bila beli madu tualang.

madu biasa berharga rm18 jugak botol besar. kadang dijual rm25. kedai yg sama tapi lain tokey. kalau tawar dapat la rm18. nilah perangai orang melayu yg mengaku beragama islam. suka hati nak letak harga. fikir la lakinya jual rm18 tapi bininya jual rm25.